‘Saya rasa penat’ – Altimet nak cuti sehari selepas PRN

Politics
12 Aug 2023 • 11:37 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - "Saya rasa letih dan penat". Itu jawapan calon PH DUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahmah atau Altimet sewaktu ditanya tentang perasaannya usai proses pengundian di pusat mengundi SMK Seri Keramat.

"Biarpun kepenatan, tetapi saya tetap perlu jalankan tanggungjawab saya. Saya perlu keluarkan usaha dan keringat saya.

"Selepas pukul 6 (petang) hari ini, kita tawakal sahaja kepada Allah. Selesai PRN ini mungkin saya akan ambil cuti satu hari," katanya.

Altimet antara pengundi terawal yang tiba di pusat mengundi di sini untuk menjalankan tanggungjawabnya sebelum meneruskan melawat pusat undian di kawasan Lembah Klang.

Pelantun lagu Amboi ini dicabar oleh calon dari Perikatan Nasional iaitu Sharifah Haslizah Syed Ariffin menerusi pertandingan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN Lembah Jaya. - 12 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved