“Saya Rasa Sampai Di Sini Sahaja” - Linda Hashim Mahu Teruskan Perceraian

6 Mar 2025 • 11:04 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Linda Hashim yang tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi, Khamis, memberitahu dia nekad untuk meneruskan proses perceraiannya dengan suami, Beego.

Nekad cerai

Linda atau nama penuhnya, Norhazlinda Hashim, 41, menyedari ramai yang mahu melihat perkahwinan mereka diselamatkan, namun bagi dirinya, hubungan yang dibina selama 12 tahun itu tidak lagi dapat dipertahankan.

 

“Ya, saya nekad. Sudah semestinya orang cuba nak selamatkan, tapi saya rasa sampai di sini sahajalah. Saya dah tak boleh,” katanya kepada Gempak.

 

Bagaimanapun, pelakon filem Rasuk itu mengharapkan agar urusan perceraiannya dipermudahkan.

 

“Semoga dipermudahkan urusan saya untuk sebutan kes perceraian yang kedua,” kongsinya.

 

Untuk makluman, Linda telah memfailkan perceraian terhadap Beego pada 17 Januari lalu atas alasan tiada persefahaman.

Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai dengan talak satu pada 27 Mac 2023, namun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah pada 9 April tahun yang sama.

 

Linda bagaimanapun memaklumkan bahawa mereka berpisah kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah yang sama, iaitu tiada persefahaman, meskipun dia mendakwa telah banyak kali memberi peluang kepada suaminya.

 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.