“Saya rasa sangat bersalah” – Mila Jirin Kongsikan Kenapa Jarang Pakai Barang Kemas

Entertainment
8 Jan 2024 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mempunyai pendiriannya yang tersendiri kenapa dia jarang memakai barang kemas berbanding dengan wanita lain.

Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara yang kini tular di media sosial, TikTok. Jelasnya, kebanyakan masa, hanya cincin kahwin sahaja yang dipakai ketika berada di mana-mana.

Pendirian itu mula wujud selepas berlaku satu peristiwa yang membuatkan dirinya rasa terasa seperti terkena satu tamparan hebat. Penyanyi lagu Persis Mutiara ini pernah menghadiri satu program dan pada waktu itu, dia memakai barang kemas yang banyak.

Mila perasan ada orang lain yang memerhatikan tangannya sampai dia jadi rimas dan tak selesa. Namun begitu, persoalan terhadap pandangan orang itu terjawab apabila orang tersebut meluahkan rasa cemburu kerana tidak memiliki barang kemas sepertinya.

Dari situ, Mila diselubungi rasa bersalah kerana telah melukakan hati pihak lain tanpa sengaja. Sejak dari itu, dia tidak memakai barang kemas yang banyak di khalayak orang ramai, biarpun suaminya hadiahkan barang tersebut dan Mila akan menyimpannya.

Namun begitu, Mila tidak menafikan bahawa dia tetap akan melaram dengan barang kemas tersebut ketika musim perayaan memandangkan ia diibaratkan satu norma buat dirinya yang merupakan anak jati dari negeri utara.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article