
Sedia maklum, semalam kecoh apabila tular berita mengenai pernikahan di antara pelakon, Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada yang bakal berlangsung pada 16 Disember ini.
Sebagai bekas isteri kepada actor terbabit, Shuhada enggan mengulas lebih lanjut mengenai berita itu dan enggan mengambil peduli.
Bagaimanapun, dia mengakui berasa terkejut dan tidak sedar penularan kad jemputan perkahwinan pasangan tersebut.
View this post on Instagram
Saya lebih sibuk dengan kehidupan sendiri. Apa pun saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan kini.
Dalam pada itu, Shuhada atau mesra dikenali sebagai Shu berkata dirinya sudah tidak mengetahui mengenai sebarang perkembangan bekas suaminya itu.
Sekadar info, Shuhada sebelum ini mendedahkan kecurangan yang dilakukan oleh Hafidz Roshdi Bersama Athira Yuhada di laman media sosial.
"Kahwin Ada Pulak Duit, Nafkah Anak Buat-Buat Lupa" - Dakwaan Bakal Nikah, Netizen 'Cuit' Hafidz Roshdi Dan Athira Yuhada
The post “Saya Sangat Gembira & Berseronok Dengan Kehidupan Kini” – Shuhada ‘Malas’ Sibuk Berita Perkahwinan Hafidz Roshdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


