Shuhada Tak Tahu Hafidz Bakal Kahwin Dengan Athira, Kalau Boleh Tak Nak Sakitkan Hati Anak

Entertainment
13 Dec 2023 • 6:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini timbul satu khabar angin yang mengatakan bahawa Hafidz Roshdi bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Athirah Yuhada.

Susulan itu, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kesahihan mengenai berita itu.

Dalam pada itu, Shuhada juga berharap agar berita itu tidak diketahui oleh anak-anak kerana bimbang boleh menyinggung hati kedua-dua anak mereka.

image is not available

“Saya tidak tahu pasal itu dan tidak mahu ambil tahu berkenaan berita itu. Dalam masa yang sama, saya juga tidak akan biarkan hal-hal yang menyakitkan anak-anak itu sampai ke telinga mereka. Saya nak anak-anak gembira sahaja.”

Kata Shuhada lagi, dia kini sedang sibuk dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal bagi menyara dua anaknya, Humairah dan Umar.

image is not available

“Saya sibuk dengan kehidupan saya, sibuk kerja dan uruskan anak-anak. Saya sedang bergembira dengan kehidupan saya sekarang ini. Anak-anak juga sekarang ini sedang seronok dengan kehidupan baharu dan sekeliling mereka. Humairah sudah habis tadika dan selepas ini Umar pula.”

Sebelum ini, berikutan dengan khabar angin tersebut, Hafidz Roshdi dihubungi oleh mStar Online dan mengatakan bahawa dia akan maklumkan mengenai perkahwinannya dengan Athira Yuhada apabila sampai waktu yang sesuai.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.