“Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu” – Faisal Halim Buat Penampilan Sulung Selepas Tragedi Simbah Asid

Entertainment
13 Jun 2024 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tragedi yang menimpa pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim mengejutkan rakyat Malaysia.

Meskipun banyak teori berlegar berkenaan dalang tragedi tersebut namun ianya masih lagi dalam siasatan polis.

Hari ini, Faisal Halim atau juga dikenali sebagai Mickey membuat penampilan sulung dalam satu sidang media yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Dalam sidang media itu, kelihatan keadaan Faisal Halim semakin baik namun bahagian muka serta lengannya dipenuhi dengan parut akibat simbahan asid tersebut.

Faisal yang juga bintang Selangor FC itu dengan penuh hiba memberitahu dia sanggup kehilangan gaji berpuluh ribu yang diperolehinya daripada menjadi pemain bola sepak asalkan dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

“Saya cakap kepada isteri serta keluarga saya, saya tak kisah saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, saya nak balik kampung hidup tenang.

Walaupun gaji sehari 50-100 janji keluarga selamat, saya tak perlu hidup dalam ketakutan,” luahnya.

Dalam pada itu, Faisal memberitahu dia yakin dengan keselamatan yang dijanjikan dengan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Sri Shahril serta menghargai suntikan semangat daripadanya dan semua yang mendoakan kesihatannya.

Sama-sama kita doakan Faisal dapat kembali beraksi…

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.