“Saya Sedar Saya Ini ‘Nepo Baby’” – Anak A. Aida Jadi Pelakon Kini

EntertainmentLifestyle
28 Jul 2025 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon baharu, Azeva Natassha, 24, tidak kisah jika ada yang beranggapan dia mendapat laluan mudah dalam dunia lakonan kerana statusnya sebagai anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida.

Mengakui dirinya seorang “nepo baby”, Azeva menegaskan bukan mudah untuk memperoleh peluang berlakon meskipun memiliki kelebihan itu.

“Saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima, tapi bukan senang sebenarnya nak dapat peluang. Saya terbuka terima pandangan, cuma harap orang doakan yang baik-baik,” katanya ketika sidang media drama ‘Bos Nak Cuti’ baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azeva Natassha (@azevanatassha)

Azeva baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan di Melbourne dan mula serius berlakon atas dorongan rakan serta keluarga. Ujarnya,

Saya ini agak introvert, tapi jadi yakin sebab sokongan orang sekeliling.

Menurut Azeva, buat masa ini dia hanya akan berlakon dalam produksi terbitan ibunya. Malah, A. Aida turut menasihatinya agar tidak terlalu aktif memandangkan dia juga bekerja dalam syarikat produksi tersebut.

image is not available 2024-07-20 14:50:26

Mas Khan Berang Dituduh ‘Angkat Tangan’ Dekat ‘Ex GF’, Rembat Duit A Aida - “Bapa Aku Tak Pernah Ajar Aku Pukul Perempuan”