Bapa kepada arwah Zulfarhan melahirkan rasa sedih dengan insiden berulang berlaku kepada pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM).
Zulkarnain Idros berkata, dia terkejut apabila mengetahui berita tersebut yang disampaikan oleh isterinya.
“Saya terkejut kerana masih ada kes buli berlaku kepada penuntut UPNM. Saya sangka kes arwah anak yang terakhir tapi ia masih berulang.
“Dakwaan mangsa ditekap seterika, tidak kiralah seterika biasa atau seterika wap, ia sesuatu yang tidak boleh diterima kerana bukan saja menyakitkan dan menyeksakan tapi ia meninggalkan kesan buat mangsa.
“Saya sedih kejadian yang pernah berlaku terhadap anak berulang kepada penuntut lain,” katanya.
Katanya, insiden yang berlaku ke atas Zulfarhan dulu tidak mampu untuk dilupakan sehingga sekarang.
Dalam pada itu, dia turut berpendapat agar laporan siasatan kejadian perlu didedahkan kepada umum supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain selain memperkenalkan akta antibuli.
“Sehingga kini tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah dan institut pengajian tinggi. Peningkatan kes buli kebelakangan ini adalah petanda kecemasan yang memerlukan tindakan segera pihak berwajib,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post ‘Saya sedih kejadian berlaku terhadap anak saya berulang pada penuntut lain’ – Bapa Zulfarhan appeared first on The Reporter.

