“Saya sedih semua orang benci saya” – Hampir 7 Tahun Tak Berjumpa, Lelaki OKU Luah Rindu Keluarga

Entertainment
18 Jun 2024 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalu kita dengar luahan ibu bapa di pusat jagaan yang menanti anak-anak mereka untuk melawat atau mahu pulang kembali bersama keluarga. Tapi jarang kita menyelami luahan anak-anak yang berada di pusat jagaan.

Perkongsian daripada Radio Era telah meruntun hati netizen mengenai seorang lelaki OKU yang meluahkan rasa rindunya kepada keluarga selepas hampir tujuh tahun tinggal di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang, Selangor.

Menerusi hantaran tersebut, penyampai radio Muna Bella telah membaca diari salah seorang penghuni di situ yang dikenali sebagai Syafiq.

Pada awalnya, Muna Bella membaca diari yang ditulis Syafiq dalam nada bersahaja sebelum mula sebak apabila mengetahui lelaki itu telah dibuang keluarga atas kekurangan diri.

image is not available

Syafiq yang kini berusia 27 tahun telah menghuni di pusat jagaan tersebut sejak tahun 2018.

“Saya sedih sebab saya dibuang. Saya merindui adik-adik saya yang sudah besar.

“Saya hanya inginkan kasih sayang seorang yang tak pernah berubah. Hanya itu yang saya mahukan,” tulis Syafiq dalam diarinya.

Dalam coretan itu, Syafiq menyatakan dia selalu menangis kerana merindukan keluarganya dan sedih kerana ramai yang membenci serta membulinya kerana fizikalnya.

“Tiada siapa pun mahu peluk saya. Saya sangat sedih sebab semua orang benci, buli saya. Suka ejek saya cacat.

“Saya selalu sendiri sebab saya tahu semua orang jahat dengan saya. Saya selalu diam je walaupun orang lain suka buli saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Syafiq meluahkan bahawa dia sebenarnya sudah penat dengan kehidupan sekarang. Justeru, dia memohon diberikan semangat untuk tetap kuat mengharungi ujian yang diterimanya.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialami Syafiq. Pada masa yang sama, netizen turut bertanya kemanakah ahli keluarga Syafiq selama ini.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.