‘Saya sendiri pun kena’ – Krisdayanti mohon maaf sebab jerebu

EntertainmentMusic
9 Nov 2026 • 12:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya sendiri pun kena’ – Krisdayanti mohon maaf sebab jerebu

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti memohon maaf kepada peminat di Malaysia susulan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Kalimantan yang turut menjejaskan kualiti udara di negara ini.

Krisdayanti, 51, mengakui dirinya turut terkena tempias jerebu tersebut, namun bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan persembahan di atas pentas.

“Maaf ya atas jerebu tempoh hari. Saya sendiri pun kena, tetapi nasib baik masih boleh menyanyi.

“Kita akan lakukan lebih baik (we can do better),” katanya ketika menghiburkan peminat pada hari pertama Ultra Kalcer Malaysia 2026.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cobalah Untuk Setia itu meluahkan rasa kagum terhadap sokongan berterusan peminat daripada pelbagai generasi yang masih menghargai karya seninya meskipun zaman silih berganti.

“Saya percaya saya datang daripada generasi berbeza, tetapi malam ini saya melihat dan semakin percaya bahawa karya yang baik serta lahir daripada hati akan terus hidup dalam setiap generasi.

“28 tahun lalu saya datang ke Malaysia dengan lagu Menghitung Hari. Ada yang masih ingat?” katanya.

Pada festival berkenaan, Krisdayanti menghiburkan pengunjung dengan seleksi lagu popularnya termasuk Menghitung Hari, Mencintaimu dan Jika Kau Tak Datang.

Dia kemudian menutup persembahan dengan rangkaian lagu medley bertenaga menerusi Mahadaya Cinta, Semua Jadi Satu dan Kamu Dihatiku Selamanya sebelum kembali ke pentas untuk menyampaikan lagu encore, I’m Sorry Goodbye.

Persembahan tersebut disaksikan kira-kira 7,000 pengunjung.

Untuk rekod, Ultra Kalcer Malaysia 2026 yang dianjurkan Neptunes Presents berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 November lalu di KL Festival Park, Kuala Lumpur.

Festival berkenaan menghimpunkan 19 artis dari Malaysia dan Indonesia dalam meraikan kepelbagaian muzik serta budaya serumpun. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya sendiri pun kena’ – Krisdayanti mohon maaf sebab jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved