“Saya Sendiri Rapper” – T.O.P Akui Cuba Gambarkan Thanos Sebagai Watak Misteri Dalam ‘Squid Game 2’

EntertainmentMovie
3 Jan 2025 • 2:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Projek lakonan pertama setelah sekian lama, penampilan T.O.P dalam “Squid Game 2” telah heboh menjadi bualan.

Dalam satu temu bual bersama Netflix Tudum, T.O.P menjelaskan tentang usahanya untuk membawa watak sebagai Thanos iaitu seorang penyanyi rap terkenal, dan menyertai ‘Squid Game’ selepas kehilangan wang dalam pelaburan mata wang kripto yang gagal.

Kongsi lelaki itu,

Memandangkan saya sendiri adalah seorang rapper, saya cuba melontarkan skrip saya secara semula jadi yang mungkin sambil tidak bersikap terlalu bersahaja atau kelakar.

image is not available

Sambung T.O.P,

Matlamat peribadi saya adalah untuk menunjukkan kepada penonton watak yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini iaitu seseorang yang misteri dan tidak dapat diramalkan.

Sementara itu, “Squid Game 2” telah mengumpul sebanyak 68 juta penonton hanya dalam masa tiga hari, mencipta rekod baru untuk debut drama siri di Netflix.

Memang cayalah T.O.P!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.