Akan Ada Patung Baru Dalam Siri Squid Game 3, Ini Asal Usul Patung Young-Hee & Chul-Su

Entertainment
2 Jan 2025 • 5:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi sesiapa yang dah menonton siri Squid Game 2, pada pengakhiran episod korang perasan tak teaser yang memaparkan satu lagi patung robot baharu? Patung tersebut dikenali sebagai Chul-su.

Untuk pengetahuan, patung perempuan yang muncul pada awal siri itu namanya Young-hee dan kedua-dua figura ini sangat terkenal di Korea. Kiranya Young-hee dan Chul-su ini ibarat Jack and Jill versi Korea.

Menurut sumber, Squid Game 3 akan kembali pada tahun ini, bahkan Netflix juga secara rasmi ada mengeluarkan poster patung robot baharu ini. Pastinya ramai yang makin ghairah, tak sabar menunggu musim baharu nanti.

Seperti yang diperkatakan tadi, Young-hee dan Chul-su ini adalah seperti figura Jack and Jill versi Korea, boleh jadi juga seperti Dick dan Jane, di mana mereka ada watak yang pernah mengajar kanak-kanak tentang moral dan pelajaran hidup.

image is not available

Young-hee dan Chul-su ada disebut dalam buku teks sekolah di sana dan mereka mengajar pelajar tentang tingkah laku yang baik serta kemahiran asas seperti membaca dan menulis.

Bagi kebanyakan orang Korea Selatan yang membesar pada tahun 1990-an, watak-watak ini adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak mereka.

Kemunculan Chul-su, yang dirujuk sebagai ‘teman lelaki’ Young-hee, mungkin mempunyai beberapa implikasi untuk permainan persembahan seterusnya.

Jadi, kita sudah tahu bagaimana ‘kejamnya’ patung robot Young-hee dalam ‘Red Light, Green Light’, kan? Sudah mestinya dengan adanya Chul-su mungkin permainan akan jadi lebih dahsyat dan kemungkinan lebih kejam berbanding permainan dengan sebelum ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.