Saya sentiasa rasa bersalah - Amorim

LocalFootball
29 May 2025 • 12:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Manchester United Harry Maguire menanduk bola dan dikasari pemain ASEAN All-Stars Sandro Miguel Sison pada perlawanan Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto: Bernama

HASRAT Manchester United untuk mengembirakan penyokong tidak kesampaian apabila tewas mengejut 0-1 kepada ASEAN All-Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lebih memalukan, pemain-pemain United menerima ejekan ‘boo’ daripada ribuan penyokong sendiri yang nyata kecewa dengan prestasi lesu dipamerkan pasukan Liga Perdana Inggeris itu.

Pengendali United, Ruben Amorim mengakui ejekan tersebut mungkin sesuatu yang perlu diterima oleh pemainnya selepas musim penuh kekecewaan, termasuk menamatkan saingan liga di tangga ke-15.

“Saya sentiasa rasa bersalah selepas setiap kekalahan. Tapi mungkin ejekan ini adalah sesuatu yang kami perlukan untuk sedar betapa tinggi harapan penyokong terhadap kami.

“Sudah tentu kami mahu menang dan beraksi lebih baik, tetapi permainan kami perlahan dan tidak cukup agresif. Yang positifnya, tiada pemain cedera dan kami masih dapat beri penghormatan kepada penyokong dengan menurunkan beberapa nama besar,” katanya.

Jelas Amorim lagi, kekalahan ini seharusnya dijadikan pengajaran menjelang musim baharu yang dijangka lebih mencabar.

“Kami perlu lebih bersedia, dan aksi seperti ini sepatutnya dimenangi,” ujarnya.

Musim ini, United mengharungi musim suram berada di kedudukan ke-15 EPL selain gagal memenangi sebarang trofi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved