“Saya Sepak Muka Anna Sebab Dia Kurang Ajar, Guna Kau-Aku” – Ibu Anna Jobling

LocalFamily & Parenting
13 Aug 2025 • 2:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop, mengakui pernah memukul anaknya sebelum ini, namun menegaskan tindakan itu bertujuan mendidik dan bukannya penderaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut Ariz, dia menendang Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, di bahagian muka kerana mendakwa anaknya telah melampaui batas dan bersikap kurang ajar terhadapnya.

Saya bukan pukul tapi sepak. Bila kalau dah melawan, melampau-lampau, pakai panggilan kau, aku, jadi saya sepak dia.

Bukan saya pukul untuk dera dia atau patahkan kaki, memang tidak. Saya mengharaplah anak akan jadi baik dan menjaga kita. Tapi, Anna sudah banyak lari dari landasan dan banyak berubah.

“Lepas dia popular, ada kelab peminat, ada peguam dan dijaga syarikat pengurusan, management, saya sudah tak ada makna bagi dia,” katanya dalam siaran langsung semalam.

Ariz turut mendakwa hubungan mereka sudah lama tegang, dengan campur tangan pihak ketiga menjadi antara punca utama.

“Macam kelab peminat dia terlampau banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna,” katanya lagi.

Beliau juga tidak kisah jika orang ramai memilih untuk menyebelahi Anna dalam kemelut yang berlaku.

Tak mengapalah, dia sudah popular dan mempunyai duit. Kebanyakan orang pasti akan menyebelahinya sebab dia pelakon, popular dan cantik serta siapa sahaja yang mahu sokong saya? Tak mengapalah, saya sudah lakukan yang terbaik dalam membesarkannya. Ini ujian Allah SWT.

“Bukan nak guna agama tetapi kena percaya hidup ini macam roda. Hari ini mungkin di atas dan esok pula berada di bawah,” jelasnya.

Dalam masa sama, Ariz turut membidas netizen yang mendakwanya berlagak seperti mangsa dalam isu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-13 12:57:44

Rupanya Ini Sebab Anna Jobling Buat Perintah Injuksi Terhadap Ibu - "Dia Nak Bebas, 'Pihak Ketiga' Nak Kawal Dia"