“Saya Sokong Kenyataan Abil Sebab Lalui Kehidupan Keluarga Yang Sama” – Shila Amzah Nafi Masuk Campur Masalah Keluarga Amy Search

LocalEntertainment
13 Jul 2025 • 9:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas penyanyi rock, Dato’ Awie menyeru penyanyi lagenda, Datuk Amy Search bersuara, orang ramai sudah dapat meneka siapakah individu yang ‘menyerang’ penyanyi, Shila Amzah sewaktu latihan untuk sebuah konsert, minggu lalu.

Nafi ikut campur masalah keluarga Amy Search

Teka-teki itu turut terjawab selepas Shila sendiri menyangkal mengenai dakwaan dirinya ikut campur masalah keluarga Amy Search.

Sewaktu ditemubual oleh pihak media, penyanyi Patah Seribu itu menegaskan dia langsung tidak ambil tahu mengenai konflik yang berlaku di antara isteri Amy iaitu Datin Nourish Hassan dan anak perempuannya, pelakon, Nabila Huda.

Apabila dikatakan saya mengacau keluarga orang lain, ini sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

@melodiberapi Rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai punca selebriti Shila Amzah diherdik oleh seorang penyanyi legenda semasa sesi latihan baru-baru ini, nah dengarkan sendiri jawapan penyanyi Shila Amzah. #meloditv3 ♬ original sound – Melodi tv3

Beri sokongan pada Abil kerana lalui situasi yang sama

Tegasnya lagi, sokongan yang diberikan terhadap Nabila, sebelum ini, bukan bermakna dirinya mencampuri urusan keluarga mereka, sebaliknya atas dasar empati sebagai seorang rakan industri yang turut melalui situasi yang sama.

Masalah keluarga saya sangat umum. Saya menyokong kenyataan Abil kerana dia turut melalui liku-liku kehidupan bersama keluarganya yang hampir sama kepada kami berdua. Saya pun tidak menyebut nama sesiapa.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan tindakan penyanyi lagenda itu mengherdik Shila Amzah kerana tidak berpuas hati dan mendakwa dia ikut campur masalah keluarga mereka.

image is not available 2025-07-13 16:45:07

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah - "Suspek Tak Puas Hati"