Campur Masalah Keluarga Punca Shila Amzah Diserang Artis Legenda - Polis

13 Jul 2025 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis mendedahkan rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila Amzah diserang penyanyi legenda lelaki ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.
 
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini, empat individu sudah dirakam percakapan termasuk saksi di lokasi kejadian.
 
"Suspek yang terbabit dalam kejadian ini juga sudah dirakam keterangan.
 

"Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati suspek terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya," katanya hari ini.

 

Mohamed Usuf turut mengesahkan tiada laporan tambahan diterima daripada mana-mana pihak lain selain laporan oleh pengadu berkaitan insiden ini.
 
Siasatan dijalankan susulan laporan dibuat penyanyi wanita itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wang, mendakwa diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert.
 
Laporan dibuat Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah kira-kira jam 5.31 petang, Khamis lalu.
 
Berikutan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
 
 
Sumber: Harian Metro
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved