‘Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa’

Politics
30 Jun 2023 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas dakwaan mengatakan bahawa beliau adalah boneka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas beliau, gesaannya untuk barisan kabinet mengisytiharkan harta adalah bagi tadbir urus baik politik baharu negara.

“Saya tanya soalan mudah. Sudah tujuh bulan berkuasa, mengapa barisan kabinet belum isytiharkan harta?

“Bila tidak boleh jawab soalan mudah, mula lah alih perhatian rakyat dengan label melabel.

“Saya, Syed Saddiq. Saya jawab kepada ALLAH dan rakyat. Bukan boneka sesiapa,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Pada Rabu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) meminta Kerajaan Perpaduan memberi penjelasan mengenai pengisytiharan harta yang didakwanya tidak lagi dikuat kuasa.

Presidennya, Syed Saddiq berkata, pengisytiharan harta merupakan cara yang baik untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam kalangan menteri.

Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat beberapa respons negatif daripada warganet dengan mengatakan bahawa beliau melakukan perkara tersebut adalah disebabkan arahan Dr Mahathir.

Menurut Syed Saddiq, pengisytiharan harta telah menjadi amalan sejak 2018 malahan dikongsi secara terbuka melalui laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mengapa berhentikan dasar ini? Apa yang perlu disembunyikan?” soalnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved