“Saya tak ada anak nama Farisha” – Exco Sabah, Mohd Arifin Nafi Terlibat Dalam Kes Zara Qairina

LocalPolitics
9 Aug 2025 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan anaknya dengan kematian pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir.

Menurutnya, beliau sendiri ada membaca hantaran di media sosial yang menuduh seorang pelajar bernama Farisha, kononnya anak beliau, terbabit dalam kejadian itu.

“Saya tidak mempunyai anak bernama sedemikian dan anak saya juga tidak bersekolah di sekolah tersebut,” katanya, lapor Harian Metro.

Mohd Arifin menjelaskan, ketika Zara Qairina dirawat di hospital, beliau hadir menziarahi ibu mangsa bersama Ketua Pengarah Pendidikan KPM dan rombongan.

“Empat hari selepas Zara meninggal dunia, saya bersama rombongan Yayasan Sabah dan wakil rakyat Sindumin menziarahi keluarga Allahyarhamah di Sipitang untuk menyampaikan salam daripada Ketua Menteri Sabah,” katanya.

image is not available

Mohd Arifin

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya menunggu hasil siasatan polis dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika terbukti ada salah laku.

Kes Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, tular selepas mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu.

Isu ini menjadi panas di media sosial apabila timbul dakwaan ia melibatkan unsur buli dan dikaitkan dengan anak menteri, VIP serta individu berpengaruh, sekali gus mencetuskan kemarahan netizen yang mahu siasatan dijalankan secara telus.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.