‘Saya tak ada ‘cai’, Anwar pilih calon secara teliti

LocalPolitics
23 May 2025 • 4:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tidak membawa sebarang senarai ‘cai’ ketika mengundi dalam Pemilihan PKR Peringkat Pusat. Beliau memilih calon-calon secara teliti satu persatu, tanpa menyokong mana-mana kumpulan secara khusus.

“Sudah mengundi tadi, saya tiada bawa ‘cai’ sebab tu ambil masa panjang (mengundi) kerana teliti satu persatu, itu yang sebaiknya,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, Anwar berkata beliau menyokong kedua-dua kempen iaitu HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) dan DAMAI (Dari Akar, Membina Aspirasi Inklusif).

“Kita tengok yang terbaik, itu yang kita undi… saya juga harap dalam keputusan kedua-dua (pihak) diambil kira yang dirasakan terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila mengumumkan senarai calon pilihannya membabitkan beberapa jawatan penting parti itu.

Dalam hantaran di Facebook, Rafizi turut menjelaskan idealisma yang dibawa menerusi slogan HIRUK.

“HIRUK – Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa bukan sekadar slogan. Ia adalah seruan untuk mengembalikan roh perjuangan KEADILAN, agar kita terus berpijak di atas kekuatan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu juga, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR dalam satu kenyataan akan memberi amaran keras kepada Rafizi Ramli susulan tindakan beliau mengumumkan senarai penuh ‘cai’ pilihannya sebelum pemilihan pada Jumaat.