”Saya Tak Bermusuh Dengan Warga Singapura, Saya Tak Suka Cara Perempuan Itu” – Erma Fatima

2 May 2024 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima baru-baru ini meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine ‘spill the tea’ di media sosial.

Beliau menganggap perbuatan Sarah Yasmin telah menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan.

Namun, kenyataan Erma yang menggunakan perkataan ‘berambus’ dan seolah-olah memainkan sentimen negara telah mengundang ketidakpuasan hati segelintir pihak.

image is not available

image is not available

Terbaru, beliau memohon maaf kepada warga Singapura yang terguris dengan kenyataannya tempoh hari.

Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini. 

Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff. 

Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi pengacara yang berasal dari Singapura iaitu Roslan Shah ketika bersiaran langsung di Instagram.

Kredit: mstar | Roslan Shah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved