“Saya Minta Maaf Kalau Guriskan Hati Orang Singapura” – Tetap Anggap Sarah Yasmine Salah, Erma Fatima Tiada Niat Bermusuh

2 May 2024 • 11:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan membuat kenyataan mengenai kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine sebelum ini, Erma Fatima didakwa cuba melaga-lagakan masyarakat Malaysia dan Singapura.

Tetap pendirian

Namun begitu, Erma tetap dengan pendiriannya bahawa tindakan Sarah membuka aib para selebriti yang terkait dengan isu Aliff adalah menjatuhkan maruah.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Saya minta maaf kalau ia mengguriskan hati orang Singapura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Mohon maaf

Kata Erma, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk bermusuhan dengan rakyat Singapura dan kenyataan yang dibuat hanya ditujukan kepada Sarah saja.

Sebelum ini, kenyataan penerbit itu menyuruh Sarah ‘berambus’ dan selesaikan konflik dengan Aliff Aziz di negara asal mereka telah menimbulkan perdebatan di kalangan netizen.

image is not available 2 days ago

"Balik Negara Kau, Jangan Jatuhkan Maruah.." - Erma Fatima Anggap Sarah Yasmine 'Mengotorkan' Imej Industri Seni