“Saya tak boleh dedahkan” – Puteri Sarah Kunci Mulut Berkenaan Kes Saman Ira Kazar

Entertainment
14 Jun 2023 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas beberapa bulan naik turun mahkamah, pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akhirnya bertemu noktah apabila kedua-dua mereka telah mengesahkan penceraian dengan talak satu.

Kedua-dua mereka dikatakan menarik lafas lega dan menyatakan tidak akan ada dendam di antara mereka.

Menurut laporan Harian Metro, Puteri Sarah bagaimanapun enggan memberi komen terhadap pertanyaan wartawan yang menanyakan jika dia ingin bertentang mata dengan Ira Kazar yang merupakan isteri kepada bekas suaminya.

image is not available

Selain itu, pelakon drama Hijrah Jannah itu juga enggan memberikan komen terperinci mengenai kes saman yang difailkan terhadap Ira sebelum ini.

“Mengenai kes dengan dia (Ira) pun saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya.

Menurut peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan pihaknya belum dapat berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan keluarkan mengenai perkara itu.

Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan ‘confidential’,” katanya.

Sebagai info, Puteri Sarah telah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ira Kazar.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.