Pelakon Azar Azmi mendedahkan dia tidak boleh berhubung atau mendekati suaminya, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri yang kini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah membabitkan dua pertuduhan dan ditahan di penjara.
Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, keadaan itu berlaku kerana dirinya merupakan antara saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.
AdvertisementView this post on Instagram
“Dia tak boleh dekat dengan saya dan saya tak boleh dekat dengan dia.”
Azar kemudian menjelaskan perkara tersebut perlu dipatuhi berdasarkan perintah yang telah ditetapkan mahkamah.
“Sebab saya adalah saksi pendakwaan. Jadi mengikut perintah mahkamah, dia perlu ikutlah apa yang mahkamah dah perintahkan.”
Tak boleh ulas lanjut kerana kes masih berjalan
Pelakon drama Bulan Henti Bicara itu memberitahu dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana proses perundangan masih berlangsung.
Menurutnya, keadaan berkenaan juga menyebabkan mereka tidak boleh berhubung secara langsung memandangkan dirinya terlibat sebagai saksi pendakwaan dalam kes berkenaan.

“Yang ini saya tidak boleh nak sentuh langsung, sebab bendanya masih berjalan, kes masih berjalan. Itu saja yang saya boleh cakap. Sebab dia di ‘dalam’ dan saya tak boleh nak buat apa-apa. Kes masih berjalan, jadi tak boleh nak buat apa-apa,” katanya.
Azar turut menegaskan situasi itu bukan sesuatu yang boleh ditentukan mengikut kehendaknya sendiri, sebaliknya perlu mematuhi keputusan serta arahan yang telah ditetapkan mahkamah.
Kembali fokus kepada kerjaya seni
Di sebalik ujian yang sedang dilalui, Azar mengakui perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif dalam bidang seni.
Menurutnya, kekuatan yang dimiliki ketika ini bersandar kepada Allah selain sokongan individu terdekat serta tanggungjawabnya terhadap anak-anak.
Azar berkata dia tidak mahu membiarkan dirinya terus terperangkap dalam kesedihan kerana masih mempunyai tanggungjawab besar untuk dipikul, terutama dalam memastikan keperluan anak-anak terus terjaga.
“Saya tak boleh ada perasaan itu (sedih) sebab saya ada tanggungan yang saya nak pikul.
“Kalau saya tak keluar dan saya ada perasaan itu, macam mana dengan anak-anak? Susunya, lampinnya, nak sekolahkan mereka lagi, makan lagi.
“Memang sejak awal saya terus letak dalam diri saya, ‘I need to do something’ (saya kena buat sesuatu). ‘Aku kena kerja. Kalau aku tak kerja, tak ada rezeki, siapa nak tanggung anak-anak?’ Itu saja,” katanya.
Suami berdepan dua pertuduhan
Terdahulu, Apri didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang wanita berusia 35 tahun.
Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang kononnya membawa gelaran Datuk, namun sebenarnya tidak wujud.
Kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Macam Tuli, Tak Ada Empati..." - Abby Abadi Anggap Luahan Hati Memberikan Hasil, Anak-Anak Dilayan Sama Adil
The post “Saya Tak Boleh Dekat Dengan Dia” – Pelakon Wanita Dedah Dilarang Hampiri Suami Berikutan Kes Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






