‘Tak larang berlakon, Syatilla seronok urus anak, berniaga’

EntertainmentFamily & Parenting
1 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tak larang berlakon, Syatilla seronok urus anak, berniaga’

PETALING JAYA – Tiada paksaan, pelakon Shaheizy Sam sebaliknya memberi kebebasan kepada isterinya, Syatilla Melvin sama ada meneruskan karier seni atau memperlahankan rentak demi memberi perhatian terhadap anak-anak.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkata, dia menghormati keputusan Syatilla yang kini gembira menguruskan keluarga sambil mengendalikan perniagaan.

“Sejak dulu hingga kami dikurniakan tiga anak saya tidak meletakkan sebarang syarat sama ada nak terus berlakon, mahu berniaga atau uruskan rumah tangga.

“Mungkin dia tak rasa seronok berlakon macam yang saya rasa sebab saya memang minat bidang ini. Dah jadi darah daging.

“Mungkin dahulu dia berlakon sebab mahu kukuhkan kewangan serta sebab lain tetapi diri dia yang saya kenal seorang yang suka berniaga.

“Pada masa sama dia seronok meluangkan dapat luangkan masa jaga sendiri anak-anak dan uruskan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis penghargaan filem Chelot, baru-baru ini.

Sam yang membawakan watak antagonis, Datuk Bakri dalam filem itu berkata, tuntutan masa panjang sebagai pelakon barangkali akan menyukarkan teman hidupnya itu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka.

“Mungkin kalau fokus terhadap lakonan sepenuhnya dia tidak dapat meluangkan masa dengan anak atau melakukan siaran langsung untuk perniagaan yang dikendalikannya itu.

“Baik juga begitu kerana kalau bukan ibu bapa, siapa lagi yang akan tengok-tengokkan anak-anak kita sendiri.

“Kadang-kadang risau juga hendak lepaskan anak-anak bawah jagaan orang lain. Memang ada yang boleh harap, cuma tidak sama macam kita sendiri jaga,” ujarnya.

Terdahulu, Syatilla pernah mengakui belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana mahu memberikan perhatian kepada tiga permata hatinya yang semakin membesar.

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pads 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 9, Sarima Samheizy, 6, serta Salama Samheizy, 4. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tak larang berlakon, Syatilla seronok urus anak, berniaga’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved