Aisyah Hijanah Tampil Bagi Respon Isu Dakwaan Dicederakan Oleh Alif Teega

Entertainment
30 Nov 2023 • 2:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah bermacam-macam tohmahan yang dilemparkan kepada Alif Teega dan perbalahan yang timbul dengan ahli keluarga, isteri pertamanya, Aisyah Hijanah akhirnya tampil bersuara.

Kenyataan yang diberikan menerusi Instagram story miliknya itu menyatakan bahawa dia enggan mengakui dan menafikan sebarang dakwaan yang timbul berkenaan dengan hubungan rumah tangganya.

Dalam pada itu, Aisyah juga menjelaskan bahawa dia dan Alif berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.

“Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan untuk berhenti dariapda berkongsi kerana hal ini akan bertambah teruk. Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut dalaman.”

image is not available

Berkenaan dengan laporan kesihatan yang tersebar luas baru-baru ini, Aisyah menjelaskan bahawa dia harus bertanggungjawab memandangkan pihak klinik telah menafikan bahawa penyebaran itu datang daripada pihaknya.

image is not available

Sebelum ini, laporan kesihatan yang mendakwa Aisyah Hijanah telah didera oleh Alif Teega tersebar luas, malah kehangatan mengenai kepincangan rumah tangga pasangan pempengaruh ini jadi semakin bertambah rumit apabila tersebarnya satu voice note yang dikatakan situasi pergaduhan antara Aisyah dan Alif Teega.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.