Pelakon Rita Rudaini mengimbau kembali perjalanan hidupnya selepas kira-kira 13 tahun bergelar ibu tunggal, termasuk pelbagai kepayahan yang pernah dilalui selepas melalui kekecewaan dalam rumah tangga.
Menerusi hantaran di TikTok, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkongsi bagaimana pengalaman tersebut membentuk dirinya menjadi seorang wanita yang lebih kuat.
AdvertisementView this post on Instagram
“Saya tidak kehilangan diri saya dalam kekecewaan. Saya mendapat diri saya selepasnya.”
Rita turut menyifatkan pengalaman pahit yang pernah dilalui sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang banyak membentuk dirinya hari ini.
“Terima kasih atas pengalaman, ia tidak menghancurkan saya, ia membina saya.”
Dalam hantaran sama, Rita turut berkongsi beberapa keratan akhbar lama yang memaparkan perjalanan sukar dilaluinya sepanjang tempoh berumah tangga.

Antara yang dikongsikan termasuk kisah perjuangannya turun naik mahkamah bagi mendapatkan keadilan untuk dirinya serta dua anaknya.
Bagaimanapun, segala kepayahan tersebut kini dilihat Rita sebagai pengalaman yang menjadikannya lebih tabah dalam meneruskan kehidupan.
Dia turut berkongsi beberapa kejayaan yang diraih selepas melalui fasa berkenaan termasuk pencapaian dua anaknya yang sehingga kini menjadi kebanggaannya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang meninggalkan kata-kata sokongan terhadap perjalanan Rita membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah dan ikuti perkembangan persediaan Sukan Asia.

Terlalu 'Terbuka' Cerita Pengalaman Di Penjara, Netizen Minta Yasin Sulaiman Lebih Berhati-Hati - "Nanti Jadi Macam Penyampai Radio Tu.."
The post “Saya Tak Hilang…” – Rita Rudaini Imbau ‘Luka’ Lama Hadapi Perceraian Dengan Aidil Zafuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
