"Saya Tak Jaga Kepentingan 222 YB, Tapi Saya Utamakan 33 Juta Rakyat Malaysia" - Bakal Agong Baru

LocalPolitics
22 Nov 2023 • 4:21 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bukan satu kenaikan pangkat.

Tetapi ia tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai ketua negara.

Sultan Ibrahim bertitah, keutamaan baginda bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat tetapi 33 juta rakyat Malaysia dan perkara itu akan menjadi kepentingannya.

image is not available

“Saya merasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang pernah saya sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan.

“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri,” titah baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

image is not available

Sultan Johor bertitah dalam ucapan Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada Rabu.

Justeru, baginda menyeru semua pemimpin bertolak ansur dan hormat menghormati di antara satu sama lain untuk meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat.

image is not available

Sumber: Malaysia Gazette