“Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini” – Lelaki Dari AS Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan

LocalTravel
18 Jul 2025 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki berkulit gelap berasal dari Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya ketika melancong ke Malaysia dan akui pada mulanya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap negara ini.

Ujarnya menerusi video di TikTok, dia menjangka akan menerima layanan yang tidak baik daripada masyarakat kerana perbezaan warna kulit.

Cerita Terry Pernell, dia jatuh cinta dengan Malaysia kerana sikap masyarakat yang begitu mengalu-alukan pelancong, peramah dan hospitaliti yang sangat bagus.

Selain itu, lelaki tersebut turut memuji makanan Malaysia yang sedap dan akui dia kini mempunyai sebab mengapa asyik berasa mahu ke negara ini kerana jatuh hati dengan Rotiboy.

image is not available

Ruangan komen dipenuhi dengan netizen Malaysia yang masing-masing menceritakan tentang keindahan negara ini dan mengapa kebanyakan pelancong jatuh hati.

Selain itu, terdapat juga sesetengah pelancong asing juga turut berkongsi pengalaman mereka bercuti ke negara ini dan apa yang disukai mereka.

image is not available 2025-07-17 16:39:43

"Semua Indah & Sedap Mata Memandang, Jarang Pakai Baju Pelik" - Merata Ada Tempat Solat, Warga Asing Kongsi Sebab Gembira Menetap Di Malaysia