Baru Lepas Sah Akad Nikah, Pengantin Perempuan Tiba-tiba Minta Cerai

Entertainment
23 Jun 2025 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu klip video dari Indonesia kini sedang tular apabila seorang pengantin wanita yang baru sahaja diijabkabulkan menuntut cerai sejurus selepas pengantin lelaki melafazkan akad nikah.

Menurut sumber, pada mulanya proses pernikahan buat kedua mempelai itu berjalan dengan lancar, dari awal hinggalah waktu akad nikah bermula dan mereka berdua dilihat tertunduk malu. Malah, majlis dilihat dihadiri oleh semua ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, sejurus sahaja mereka sah dinikahkan, tak sampai seminit suasana yang gembira berubah dengan begitu drastik apabila pengantin perempuan tiba-tiba memberontak meminta cerai sebelum bangun dan beredar ke biliknya.

“Saya mahu diceraikan. Saya tidak suka (perkahwinan) kerana dia (calon suami) melecehkan saya. Saya mahu bercerai.”

Dalam pada itu, pengantin lelaki dilihat tergamam dan terkejut dengan permintaan pengantin wanita yang baru sahaja sah menjadi isterinya itu. Malah, para tetamu yang hadir pun terkejut melihat tindakan wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum dikenal pasti mengenai punca kejadian tetapi berdasarkan sumber, pengantin lelaki tersebut berusia 43 tahun dan pengantin perempuan berusia 17 tahun dan kejadian tersebut dikatakan berlaku pada minggu lepas iaitu 19 Jun lalu.

Sumber : Instagram, Detik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.