‘Saya Tak Kecewa Tak Dilantik Sebagai MB’ - Jalaluddin 

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 8:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

‘Saya Tak Kecewa Tak Dilantik Sebagai MB’ - Jalaluddin 

KUALA PILAH - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak terkilan meskipun tidak dipilih untuk menggalas jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, pelantikan ke jawatan berkenaan bukanlah keputusan yang boleh ditentukan oleh mana-mana pihak secara bersendirian, sebaliknya tertakluk kepada kuasa prerogatif Presiden parti serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menurutnya, semua pihak perlu memahami kedudukan tersebut dan menghormati keputusan yang telah dibuat demi kepentingan serta kestabilan negeri.

“Siapa kata wujud jangkaan sedemikian? Setiap orang mungkin mempunyai harapan masing-masing, namun sejak awal lagi saya sudah menjelaskan bahawa soal dilantik atau tidak sebagai Menteri Besar terletak di bawah kuasa prerogatif Presiden parti dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Sebagai rakyat dan pemimpin parti, saya menjunjung setinggi-tinggi kesetiaan serta merafak sembah ucapan penghargaan kepada Tuanku,” katanya kepada pemberita selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

Jalaluddin turut menegaskan beliau menerima perkara itu dengan hati terbuka dan akan terus memberikan tumpuan terhadap tanggungjawabnya bagi memastikan kelangsungan serta kestabilan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar, selain meneruskan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Saya okey dan langsung tidak berasa kecewa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan memperkukuh kesetiaan terhadap institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi memastikan episod hitam yang pernah berlaku pada masa lalu tidak berulang.

“Ini bagi mengelakkan berulangnya episod hitam yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya. - Getaran, 27 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved