“Saya Tak Layan Orang Psiko” – Isteri PU Abu Enggan Ambil Tahu Kisah Suami Dan Hana Azraa

16 Jan 2023 • 10:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri pertama kepada PU Abu Sufyan, Ain Afini tampil memberi respon mengenai isu suaminya dengan bekas isteri, Hana Azra yang timbul baru-baru ini.

Ain dilihat memberi pesanan kepada mana-mana pihak untuk tidak menghantar sebarang info dan berita mengenai perkara itu.

image is not available

Sumber : Instagram  

Katanya, dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan warga maya pada ketika ini.

Tidak perlu sampaikan apa-apa kepada saya. Tak berminat untuk saya ambil tahu. Dia rasa okay untuk dedah dan biarkan dia.

Saya tak layan orang psiko. Cukup empat tahun. Awak lapar perhatian? Awak dah dapat. Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu.

Terdahulu, bekas isteri kepada PU Abu itu mendedahkan bahawa pendakwah itu masih menghantar mesej berbaur rindu terhadap dirinya.

PU Abu pernah mencetuskan kontroversi apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat hamil dan berkahwin dengan Hana. Dua minggu selepas perkahwinan dengan Hana, PU Abu kembali rujuk bersama Ain.

Pernikahan Abu bersama Ain dan Hana juga dikurniakan tiga orang anak lelaki, iaitu Uwais, Adam Asyar dan Aryan ‘Afi.