
Masih hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga influencer dan juga seorang usahawan, Alif Teega yang berkahwin dua selepas mengumumkannya kepada umum semalam.
Malah, tular dakwaan yang dibuat oleh seorang individu yang dipercayai adik kepada Aisyah Hijanah mendakwa, abang iparnya telah mengasari kakaknya selain turut menyifatkan dia seorang lelaki dayus.
Bukan itu sahaja, adiknya mendakwa Alif berhubung dengan wanita lain ketika kakaknya sedang hamil anak ketiga.
Artikel berkaitan: “Sembang” – Netizen ‘Up’ Semula Video Alif Teega Komen Isu Curang, Dikecam Cakap Tak Serupa Bikin
Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Nikah Isteri Baharu Di Thailand, 4 Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan terdapat bukti bahawa influencer itu pernah memukul kakaknya.

Alif nak ambil tindakan undang-undang
Sedar dengan kontroversi yang melanda, Alif memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan dikeluarkan walaupun ia datangnya dari keluarga sendiri.
Katanya, tuduhan yang dibuat itu adalah sangat melampau dan tidak memaafkan kerana telah mempermainkan maruahnya.
“Allahurabbi. Terlalu melampau, tak apa apa demi Allah saya tak maafkan. Bila dah bermain dengan maruah saya, saya terpaksa untuk ambil tindakan undang-undang walaupun datangnya dari keluarga saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Alif menjelaskan dia dan Aisyah sudah bercadang untuk mengumumkan perkahwinan ini kepada umum.
Justeru, dia memohon semua pihak supaya tidak membuat spekulasi dan mendoakan rumah tangganya.
Walau bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik di Insta Story itu telah pun dipadamkan oleh influencer berkenaan.
Sumber: Instagram
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


