“Saya Tak Mahu Sesuatu Berlaku Tanpa Semua Orang Tahu” – Sheikh Haikel Kongsi Luahan Menyentuh Hati

Health & Fitness
4 Sep 2026 • 10:52 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Saya Tak Mahu Sesuatu Berlaku Tanpa Semua Orang Tahu” – Sheikh Haikel Kongsi Luahan Menyentuh Hati

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan usahawan Singapura, Sheikh Haikel, menyentuh hati ramai apabila tampil berkongsi sendiri mengenai keadaan kesihatannya selepas lebih setahun merahsiakan perjuangannya melawan kanser.

Dalam video yang dikongsikan di Instagram, Sheikh Haikel dilihat menahan sebak ketika memberitahu bahawa dia menghidap kanser tahap empat.

Menurutnya, sepanjang perjalanan hidup dan kerjayanya, banyak perkara telah dilalui di hadapan para peminat dan orang ramai.

Dia pernah dikenali sebagai Sheikh Haikel si penyanyi rap, mewakili negaranya dalam pertandingan, membina kerjaya serta membentuk sebuah keluarga, semuanya disaksikan oleh orang ramai.

Justeru, dia merasakan sudah tiba masanya untuk berkongsi pula satu lagi fasa sukar dalam kehidupannya.

Pilih Untuk Berkongsi Perjuangan Sebenar

“Dengan hati yang berat, saya ingin memberitahu semua yang sedang menonton bahawa saya menghidap kanser tahap empat,” katanya dalam keadaan sebak.

Sheikh Haikel turut menjelaskan bahawa sebelum ini dia dan keluarganya memilih untuk merahsiakan perkara tersebut kerana tidak mahu orang lain terlalu bimbang.

Dia juga mengambil kesempatan memohon maaf kepada isterinya, Anna Belle Francis, yang selama ini hanya mengikut permintaannya untuk memberitahu orang ramai bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Namun, Sheikh Haikel berkata dia kini tidak mahu sesuatu berlaku kepadanya tanpa sempat memberitahu perkara sebenar kepada semua yang mengenali dan menyayanginya.

“Saya Akan Berikan Yang Terbaik”

Walaupun berdepan ujian berat, semangatnya tetap kuat.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa saya akan memberikan yang terbaik. Saya takkan ke mana-mana dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam caption video tersebut, Sheikh Haikel turut menulis kata-kata yang cukup menyentuh hati:

“If I meet you and we say hi, let me give you the FINAL APPLAUSE to say thank you.”

Perkongsian itu dibuat selepas Sheikh Haikel mendedahkan bahawa dia telah berjuang melawan kanser usus tahap empat selama lebih setahun dan kini sedang menjalani rawatan. Kanser tersebut juga dilaporkan telah merebak ke hatinya.

Semoga Sheikh Haikel terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. – The Malaysian Update

The post “Saya Tak Mahu Sesuatu Berlaku Tanpa Semua Orang Tahu” – Sheikh Haikel Kongsi Luahan Menyentuh Hati appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved