Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Penyanyi Zubir Khan tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan kontroversi sesi foto bersama tunangnya iaitu Haema Maleni Balasubramaniam, foto mereka itu telah mengundang pelbagai kecaman di media sosial.
Tidak melatah, Zubir akui kesilapannya dan mengatakan yang dirinya menerima teguran orang ramai berkenaan dengan video yang memperlihatkan mereka bersentuhan.
Artikel berkaitan : Wajah Dikatakan Seiras Zulfarhan, Zubir Khan Niat Mahu Jumpa Keluarga Arwah
Artikel berkaitan : Naim Daniel Muncul Buat Persembahan Selepas Kes Amang Seks*al, Netizen Beri Pelbagai Komen
Tepis dakwaan keluar agama Islam
@zubirkhan_
“Saya tahu hantaran mengenai video pre-wedding itu salah kerana kami bersentuhan tangan. Saya terima kesalahan saya, tapi bab tudung dan ajaran agama jangan risau. Doakan yang baik-baik.”
Dalam pada itu, Zubir turut mengatakan yang dia mengambil segala nasihat daripada peminat dari sudut positif kerana anggap ia satu peringatan sebagai saudara sesama Islam.
“Segala teguran dan nasihat saya terima. Saya faham sebagai umat Islam kita kena saling menasihati. Cuma saya nak betulkan saya tidak masuk agama Hindu. Saya memang lahir beragama Islam. Bakal isteri saya juga sudah memeluk Islam pada Mei lalu.”
Tambah Zubir, tunangnya itu masih menggunakan nama asal kerana pertukaran nama bukan satu kewajipan di Malaysia selain melibatkan pelbagai urusan rasmi.
“Nama saja masih sama. Saya sudah rujuk kepada pejabat agama Islam, nama tak wajib tukar. Kalau tukar nama akan ada banyak proses yang perlu dilalui.”
“Dia pemegang PhD, jadi perlu tukar semua dokumen termasuk urusan bank. Disebabkan itu, undang-undang Malaysia tidak mewajibkan pertukaran nama.”
“Tapi pada kad pengenalan akan tertulis Islam dan dia akan menerima kad hijau sebagai mualaf.”
Berkenaan dengan penampilan bakal isterinya, Zubir meminta orang ramai untuk memberikan ruang dan masa untuk wanita itu mendalami Islam.
Katanya juga, dia akan sentiasa membimbing bakal isterinya itu mengenali Islam dengan lebih mendalam.
@zubirkhan_ Terima kasih atas teguran korang #ZuHeaForever #zubirkhan #foryoupage #fyp #zh
“Dia hidup 27 tahun sebagai penganut Hindu. Baru tahun ini dia memeluk Islam. Dia seperti bayi yang tidak tahu apa-apa, jadi masih belajar mendalami agama Islam. Semua benda perlukan masa, sama seperti kita.”
“Saya tak mahu pun kalau nak pergi khatam al-Quran semula bersama dia. Perkara itu dapat pahala lebih. Kita tak boleh paksa orang, saya tahu dalam agama Islam tiada paksaan. Dia memeluk Islam pun dengan rela hati dan untuk saya.”
Untuk rekod, Zubir dan Haema bertunang pada April lalu dan bakal bernikah pada hujung Julai ini.
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

