‘Saya tak nak isu ini dipolitikkan’ – Mangsa

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 1:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Elijah Ling Zhao Zhong, pemuda yang menjadi mangsa serangan di sebuah pusat beli-belah di Tampoi pada 17 Mac lalu, tampil meminta orang ramai menghentikan perbincangan berlebihan mengenai kejadian tersebut.

Dalam kenyataan di TikTok semalam, Elijah mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai tetapi menegaskan bahawa siasatan masih berjalan.

“Kita beri ruang kepada pihak polis untuk jalankan tugas mereka. Jangan panjangkan isu ini atau kaitkan dengan politik, kerana ia adalah kes jenayah,” katanya.

Elijah berharap insiden ini menjadi pengajaran agar rakyat Malaysia terus hidup dalam harmoni tanpa mengira kaum dan agama.

Pesara didakwa cederakan Elijah, mengaku tidak bersalah

Sementara itu, Abdul Razak Ismail, 65, seorang pesara kerajaan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan mencederakan Elijah.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan. Kes ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak. Sebutan semula kes dijadualkan pada 29 April untuk serahan dokumen.