Dikasari Warga Emas Kerana Tak Puasa, Mangsa Minta Isu Tidak Dipolitikkan Orang Ramai

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 3:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Dikasari Warga Emas

Mangsa yang dikasari warga emas kerana dituduh tidak berpuasa selepas makan di sebuah kedai serbaneka telah membuat video memohon agar orang ramai tidak mempolitikkan isu terbabit.

Pemuda berbangsa Cina dikenali sebagai Elijah Ling Zhao Zhong telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan tampil meminta orang ramai untuk berhenti membincangkan kejadian yang dialami secara berlebihan.

Mangsa dikasari warga emas minta henti perbincangkan isu terbabit

Dalam video berkenaan, Elijah juga sempat mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya walaupun menegaskan bahawa siasatan masih lagi berjalan.

“Kita beri ruang kepada pihak polis untuk jalankan tugas mereka. Jangan panjangkan isu ini atau kaitkan dengan politik, kerana ia adalah kes jenayah,” katanya.

Mangsa dikasari warga emas minta kes jenayah itu dijadikan ikhtibar

Dia juga meminta supaya orang ramai dapat menjadikan kejadian yang berlaku terhadapnya sebagai satu ikhtibar lebih-lebih lagi dalam kehidupan kita yang berbilang bangsa dan juga agama.

“Ambil kejadian ini sebagai satu iktibar agar dapat membina negara Malaysia yang harmoni dan rakyat yang bersatu padu tanpa mengira kaum ataupun agama,” ujarnya.

Ramai berikan sokongan

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberikan sokongan kepadanya kerana tindakan yang dilakukan lelaki warga emas itu agak berlebihan.

Mereka juga menyarankan supaya pemuda terbabit melayangkan saman kepada individu berkenaan kerana mengasarinya tanpa sebab yang kukuh.

image is not available

Mungkin saman lelaki itu sebagai pengajaran

image is not available

Nampak orang makan pun boleh triggered ke?

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial seorang warga emas yang didakwa menampar pemuda berbangsa Cina hanya disebabkan dia makan di sebuah kedai serbaneka.

Pemuda terbabit digesa menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan dia bukan seorang muslim sebelum dikasari.

Susulan video kejadian tersebut tular, laporan polis telah dibuat dan warga emas berkenaan sudah direman.

image is not available

Dia yang juga seorang pesara berusia 65 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda berbangsa Cina.

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Sumber: TikTok elijahlingtiktok