‘Saya tak nak, saya tak boleh terima’ – Ustazah Asma’ Harun akui tidak boleh terima poligami kerana cemburu

7 Sep 2023 • 8:55 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kisah poligami semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila tular kisah mengenai pengakuan Abang Tesla yang sudah berkahwin dua.

Isu poligami ini juga telah menarik beberapa pandangan beberapa pihak termasuk lah selebriti yang seolah-oleh mewakili suara, perasaan dan hak wanita.

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tidak terkecuali dalam memberikan pandangan dan luahan hatinya dalam isu poligami. Dia menyatakan ramai yang bertanyakan kepadanya bagaimana pandangan dirinya jika suaminya ingin berkahwin lain.

“Saya jawab terus, saya tak nak berpoligami. Saya dari dulu sampai sekarang, sampai hari ni saya cakap benda yang sama.

“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya sangat bimbang saya tidak boleh mengawal cemburu saya dan akhirnya hilang akhlak saya, hilang diri saya.

“Saya tak boleh kawal emosi saya, saya akan jadi mudarat pada diri saya,” katanya.

Pengakuan dari Ustazah Asma’ itu dipersetujui oleh rata-rata netizen yang menganggap sifat cemburu itu memang wujud dalam kalangan wanita kerana lumrah manusia kadang kala tidak bersikap adil pada tempatnya.