“Saya Tak Peduli..” – Song Joongki Tak Mahu Dedah Wajah Anak

6 Mar 2024 • 11:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai yang teringin nak lihat anak sulung Song Joong-ki kan?

Terbaru, lelaki itu sedang aktif mempromosikan filem “My Name Is Loh Kiwan” di Netflix. Terbukti popular, naskhah itu berjaya menduduki tangga ketiga dalam ranking Netflix Global.

Sudah pun menjadi ayah kini, Song Joong-ki sempat berkongsi perasaan sebagai seorang bapa dalam sebuah temubual istimewa. Makin terkenal dengan imej bapa penyayang, komen lelaki itu,

Selepas bayi dilahirkan, ada rasa tekanan untuk ‘tidak mendedahkan bayi’ kerana pekerjaan saya. Saya tidak dapat menunjukkan kehidupan harian secara terbuka. Itu adalah privasi. Saya tak pasti mengenai imej yang disebut namun saya tak pedulikannya.

image is not available

Tapi mesti comel kan anaknya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.