"Saya Tak Peduli, Terima Kasih Sangat" - Zarina Zainuddin Dah Move On, Enggan Ambil Port Netizen Korek Kisah Hitam

29 Aug 2024 • 10:16 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Zarina Zainuddin tidak peduli sekiranya ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba membongkar semula kisah hitamnya sebelum ini.

Jelas Zarina, dia kini lebih memfokuskan hidupnya yang lebih tenang bersama suami dan anak-anak.

"Itu semua cerita lama. Saya dah tinggalkan semua cerita buruk dan kehidupan saya sekarang pun lebih baik... lebih tenang.

"Walaupun saya ada anak-anak begini (anak istimewa) tetapi hidup saya lebih tenang. Saya nak cari kehidupan yang sihat dengan anak-anak dan suami.


"Saya dah tak kisah apa orang nak kata, janji anak-anak saya tahu. Asal anak-anak terima saya seadanya... suami saya terima saya dan keluarga terima saya seadanya itu adalah lebih penting.

"Siapa yang nak aibkan saya... saya tak peduli, terima kasih banyak-banyak," ringkas Zarina ditemui Gempak.

Terdahulu, kisah Zarina berkongsi cerita 'adik naik' anak istimewanya di Instagram mendapat kecaman warganet. Ada yang menyifatkannya kurang sensitif dan mengaibkan darah daging sendiri.

Namun, Zarina punyai penjelasan sendiri, mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan anak autisme yang meningkat dewasa.