"Saya Tak Pernah Bernikah Dengan Mana-Mana Wanita Sejak 15 Tahun Lalu" : Takiyuddin Akhirnya Nafi Rina Harun Isterinya

Politics
18 Oct 2022 • 5:12 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

"Saya tidak pernah bernikah dengan mana-mana wanita sejak 15 tahun yang lalu!"

Itu kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini apabila berterus terang terhadap spekulasi bahawa beliau telah bernikah dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Walaupun tidak menyebut spesifik nama Rina -- Setiausaha Agung Pas itu menegaskan, beliau tidak pernah bernikah dengan mana-mana wanita sejak 15 tahun yang lalu.

image is not available

Takiyuddin menegaskan perkahwinan merupakan isu yang sangat peribadi bagi setiap individu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam tempoh 10 tahun ataupun 15 tahun sebelum ini saya tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan sesiapa saja.

“Sepuluh tahun itu dua kali pilihan raya, 15 tahun itu tiga kali (pilihan raya). Saya… saya tak pernah mendirikan rumah tangga dengan siapa-siapa saja,” kata Takiyuddin seperti dilaporkan Astro Awani.

image is not available

Sejak beberapa bulan lalu timbul khabar angin Takiyuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Rina.

Beberapa hari lepas, media turut bertanyakan soalan yang sama kepada Takiyuddin.

Bagaimanapun penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu terus berteka teki mengenai isu tersebut.

Takiyuddin dilaporkan menjawab, isteri beliau merupakan seorang pengundi di Malaysia.

My wife is a voter in Malaysia, so she’s considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),” katanya.