“Saya Tak Pernah Kecam Orang Tapi Ini Memang Bodoh” - Haqiem Rusli

5 Oct 2023 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular video individu bertindak kejam dengan menghempas batu ke atas kepala seekor kucing sehingga menyebabkan haiwan itu mati baru-baru ini mengundang kemarahan semua pihak.

 

Malah, penyanyi terkenal Haqiem Rusli turut meluahkan rasa berang apabila melihat video yang memperlihatkan tindakan kejam individu tersebut terhadap haiwan itu.

 

“Saya tak pernah kecam orang dekat media sosial tapi yang ini memang ‘bodoh’… tolong tangkap sekarang,” tegas Haqiem.

 

Kejadian itu dipercayai berlaku di depan sebuah kedai serbaneka di Taman Rakyat, Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu.

 

Menerusi rakaman yang tular, lelaki itu dilihat secara bersahaja menghempas batu ke atas kepala kucing tersebut sambil menghisap rokok sebelum berlalu pergi tanpa mempedulikan haiwan berkenaan yang menggelupur menahan sakit.

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung perbuatan kejam lelaki tersebut kira-kira pukul 10.56 pagi, keesokan harinya.

 

Katanya, perbuatan itu turut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) premis berhampiran dan tular di media sosial.

 

“Individu yang membuat laporan polis itu mendakwa dia melihat seekor kucing liar menggelupur dengan mulut berlumuran darah dipercayai dianiaya oleh individu tidak dikenali.

 

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

Kata beliau, setakat ini kes masih dalam siasatan dan pihaknya masih berusaha mengesan suspek.

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved