‘Saya tak pernah mengiyakan pernikahan, macam mana kata saya suruh mereka bercerai?’ – Abby Abadi

Family & Parenting
9 Feb 2024 • 3:44 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Semenjak isu mengenai pendedahan penikahan anak perempuan kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, kedua-dua mereka hanya mengambil langkah untuk berdiam diri.

Bagaimanapun, menerusi beberapa perkongsian di Instastory, Abby Abadi menjawab tuduhan beberapa portal yang mendakwa dia menyebelahi tindakan anaknya.

image is not available

“Bila pulak saya bela anak saya dengan cakap macam ni? Bila jawab, pusing sana sini. Bila diam, buat cerita sendiri,” tulisnya.

Dalam pada masa sama, Abby turut menafikan tuduhan sebuah portal yang menyatakan dia dan Norman Hakim meminta anaknya bercerai.

image is not available

“Mana datang kenyataan ini? Saya tak pernah mengiyakan pernikahan di Thailand tu, macam mana kata saya suruh bercerai pula?

“Tanpa rasa bersalah reka cerita tanpa kesahihan, kerja tiada etika ke macam mana?”katanya.

Abby Abadi bagaimanapun menegaskan dia sebagai ibu tidak pernah menyebelahi dan memenangkan anak.

“Kalau betul berlaku seperti yang di gembarkan Allah sebaik-baik tempat mengadu. Dan semoga Allah melindungi anak-anak saya,” tulisnya.

Terdahulu, anak kedua kepada Abby Abadi dan Norman Hakim didakwa telah bernikah di Songkhla pada Disember lalu dan dakwaan tersebut telah disahkan benar oleh kakak kepada isteri pertama Aslam.

Sumber: Abby Abadi