Siapa sangka kan tuah Kim Jae-young terletak pada drama “The Judge From Hell”.
Baru-baru ini, Kim Jae-young telah terlibat dalam satu temu bual, di mana dia memberi respon tentang rating tinggi drama itu, yang pernah mencecah sehingga 13.6% di seluruh negara. Malahan untuk episod terakhirnya, ia berjaya mencatat rating 11.9%.
Respon Kim Jae-young gembira,
Pada masa lalu, saya rasa seperti impian saya sia-sia. Saya sentiasa bimbang kerana tidak pernah terlibat dalam drama dengan rating yang baik.

Sambungnya,
Apabila saya mula-mula melihat skrip, saya fikir ia akan menjadi drama yang menarik. Jadi, saya gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya.
Kesimpulanya, jangan pernah putus asa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Tak Pernah Muncul Dalam Drama Yang Rating Tinggi..” – Kim Jaeyoung Luah Perasaan first appeared on KimchiDaily.my.

