“Saya Tak Pernah Sangka..” – Safee Sali Turut Terkesan Dengan Berita Faisal Halim, Nasihat Peminat Bola Tenang

9 May 2024 • 10:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular kes dimana pemain bola sepak, Faisal Halim telah disimbah asid. Susulan berita tersebut, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali berkata, dia juga terkejut mendengar kejadian itu.

Tak pernah jangka

Kata Safee semasa ditemu bual sumber, dia tidak pernah menjangkakan insiden extreme seperti itu akan terjadi kepada pemain-pemain bola sepak di Malaysia.

Saya tak pernah sangka, tak pernah terbayang perkara seperti ini akan berlaku di negara kita.

 

Tak pernah terlihat dan terjadi kejadian seperti ini. Ini menunjukkan, saya rasa extremenya seorang peminat bola sepak di Malaysia.

image is not available

Terima keputusan perlawanan

Di samping itu, Safee juga menasihatkan orang ramai untuk bersikap sederhana dan menerima sebarang keputusan yang diputuskan dalam setiap perlawanan.

Kalah menang, adalah kalah menang. Kalau dah kalah pun esok ada lagi permainan jadi tak mengapa sekiranya kalah.

 

Tak mengapa untuk terima kekalahan, kalau kalah kita bangkit dari kekalahan dan bagi lagi positif pada saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

image is not available 1 month ago

"Setiap Orang Ada Masa Lampau.." - Bekas Isteri Didakwa Kini Sedang Terima Kifarah, Ini Jawab Safee Sali