
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak menyangka pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berlaku secara mengejut kerana isterinya itu kelihatan sihat pada malam sebelumnya.
Momen menyentuh hati itu dirakam ketika Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hadir menziarahi Tun Dr Mahathir bagi menyampaikan ucapan takziah.
“Saya tak sangka dia meninggal hari ni. Dia sihat semalam malam,” kata Tun Dr Mahathir dalam perbualannya bersama Sultan Pahang.
Sultan Pahang Turut Beri Penghormatan Terakhir
Sebelum itu, Tun Dr Mahathir turut menyambut ketibaan baginda dengan bertanya, “Datang dari Pahang?”, sebelum mengucapkan, “Terima kasih, terima kasih lah.”
Rakaman itu memperlihatkan suasana hiba di kediaman Tun Dr Mahathir apabila ahli keluarga Allahyarhamah turut berada di sisi beliau sepanjang kunjungan tersebut.
Netizen Tersentuh Dengan Momen Itu
Perkongsian video berkenaan mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ramai menyifatkan luahan Tun Dr Mahathir itu menggambarkan betapa sukar menerima kehilangan insan yang telah menemaninya hampir tujuh dekad.
Ada juga yang memuji kehadiran Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang sebagai tanda penghormatan kepada seorang negarawan yang sedang melalui detik kehilangan paling berat dalam hidupnya. – The Malaysian Update
The post “Saya Tak Sangka Dia Meninggal Hari Ni” – Luahan Tun M Kepada Sultan Pahang Buat Ramai Sebak appeared first on The Malaysian Update.






