“Saya Tak Sebut Premium, Saya Kata Mahal”- Kieda Crepe Ulas Isu Tiramisu RM40 [Video]

LocalFood
14 May 2025 • 4:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang pelanggan yang membeli tiramisu daripada sebuah kedai dan terkejut dengan harga untuk satu bekas manisan berharga RM40.

Kata pelanggan itu dia mengambil manisan tersebut tanpa melihat harganya terlebih dahulu dan sama sekali tidak menyangkakan harganya begitu mahal. Video itu kemudian menjadi tular dan meraih perhatian ramai.

Harga tiramisu RM40, Kieda maklum pakai barang mahal

Susulan daripada itu, pemilik kedai manisan yang dikenali sebagai Siti Nur Khalieda Yusra atau mesra dipanggil Kieda Crepe tampil menjelaskan mengapa tiramisu keluarannya dijual pada harga tersebut.

Kata Kieda barangan yang dipakai untuk membuat manisan tersebut seperti Mascarpone, biskut jejari jenama Bonomi dan kopi daripada barangan mahal termasuklah kos tenaga buruh untuk membuatnya.

“Kita pakai semua barang mahal. Kita pakai krim Achor, kita putar pakai tenaga. Yang sebenar-benarnya mahal bukan kerana barang sahaja tapi kerana tenaga dan cara nak buat dia tu,” ujarnya sambil menunjukkan produk tiramisunya.

Malah Kieda turut mengatakan dalam tiramisu itu terdapat empat keping biskut jejari di dalamnya serta mengatakan ia tidak manis selain mempunyai krim yang banyak.

“Kalau kata mahal, Kieda minta maaf. Tapi barang Kieda pakai semua barang premium. Sama macam baker-baker lain. Kalau kata mahal, sekali lagi Kieda minta maaf,” ujarnya lagi.

Tampil jelaskan harga dan tunjuk barangan digunakan untuk buat tiramisu

Dalam satu lagi video, usahawan wanita itu mengatakan harga tiramisu yang diletakkan berpatutan dengan barangan serta jenama digunakan.

“Orang cakap tiramisu Kieda mahal. Mana ada mahal kakak, kenalah dengan barang Kieda pakai. Kieda nak dapat yang ni (mascarpone jenama Tatua) pun susah sekarang ni. Sebab ramai yang naik harga dan main harga sebab benda ni sekarang dah macam ketul emas.

“Sebelum ni memang mahal, tapi sekarang ni lagi mereka naikkan harga, nak tak nak kena beli juga dan kita kena beli dalam kuantiti yang banyak tak nak putus stok. Sekarang kita punya permintaan tinggi. Lepas tu pun serbuk kopi, kita punya biskut jejari, kita punya kopi, krim Anchor ni semua yang mahal.

“Saya tak kata premium, saya tak sebut pun premium. Saya kata mahal, kalau tak percaya boleh je beli barang-barang semua kakak cuba buat duhulu,” kata Kieda.

Ramai sifatkan masih ada tiramisu dijual harga berpatutan

Video itu bagaimanapun mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dan menyifatkan masih ada tiramisu yang dijual pada harga berpatutan serta tidak semahal yang dijual usahawan berkenaan.

Ada juga mengatakan serbuk koko digunakan oleh usahawan berkenaan berharga RM450 bagi 5 kilogram.

Bukan hanya itu ada yang memberikan cadangan untuk mencuba tiramisu daripada jenama lain dengan harga lebih murah.

Malah ada yang turut mengira kos penjualan untuk satu unit tiramisu yang didakwa sekitar RM15.80 sebekas dan sekiranya dijual pada harga RM30 juga masih mendapat untung yang banyak.

Cef anggarkan serbuk koko digunakan atas tiramisu tak sampai 5 g

Video itu turut mendapat perhatian seorang Cef yang menyifatkan kelihatan biskut jejari pada tiramisu dalam video dikongsikan usahawan itu masih keras.

Jelasnya meskipun serbuk koko digunakan mahal namun ia tidak digunakan sehingga 5 gram dan mungkin kosnya sekitar RM0.45.

“Serbuk koko RM450 sebab dia 5 kilogram. Dekat tiramisu tak sampai 5 gram pun pakai total kos tak sampai 45 sen pun. Macam ni punya kualiti memang lah orang pertikai.

“Nak jual tiramisu mahal boleh saja, tapi kena jelaskanlah. Kalau bukan dari segi portion, menang pada kualiti. Tapi kalau dah dua-dua out, mana orang tak mengamuknya.

“RM40 tu awak boleh dapat intricate dessert seperti petit gateu dan tiramisu yang sangat bagus di Lembah Klang,” ujar Chef berkenaan.

Berikut adalah respon netizen:

“Kenapa dia perlu mention tenaga. Dah itu kerja kau, kau menjual memanglah keluar tenaga, aduh macam tak ikhlas pula”

image is not available

“Davis corn yang selalu orang telan kalau kena gastrik tu ke”

image is not available

“Kalau macam tu kuih-kuih tradisional Melayu memang layak jual mahal pun, sebab bahan-bahan nak buat pun dah mahal. Lepas tu tenaga lagi”

image is not available

“Lady finger tu dia letak kopi 8 titik je ke apa?”

image is not available