Guna bahan premium, Kieda Crepe perjelas dakwaan jual tiramisu mahal -“Cara buat sangat susah..”

LocalFood
12 May 2025 • 6:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Kieda Crepe tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan segelintir pihak yang menganggap harga sebekas Tiramisu dijual di kedainya terlalu mahal sehingga mencecah RM40.

Kieda atau nama sebenarnya, Nur Khalieda Yusra menjelaskan harga tersebut ditetapkan berdasarkan penggunaan bahan premium serta kos tenaga kerja yang semakin meningkat.

“Ni ke yang orang cakap mahal sebekas RM40? Kalau dengar nama Tiramisu ni, Kieda rasa semua boleh fikir nak buat ni pakai macropone (mascarpone), pakai biskut panjang-panjang Bonomi yang orang kata mahal tu.
“Kopi pula Kieda pakai Kopi Davis Corn dan semua barang ni mahal. Kita pakai krim Anchor, putar pakai tenaga,” katanya.

image is not available

Kieda Crepe perjelas dakwaan jual tiramisu mahal

Menurutnya, kos sebenar bukan sahaja tertumpu pada bahan-bahan yang digunakan, sebaliknya turut melibatkan tenaga manusia yang menjalankan proses penyediaan secara manual.

“Sebenarnya yang buat mahal bukan sebab barang sahaja tapi kerana tenaga manusia yang kita guna dan cara nak buat Tiramisu ni yang sangat susah,” jelasnya.

image is not available

Dalam pada itu, Kieda turut memohon maaf sekiranya harga makanan yang dijual di kedainya dianggap terlalu tinggi oleh sesetengah pelanggan.

“Kalau mahal Kieda minta maaf, tapi barang Kieda pakai semua yang premium, sama macam baker lain.
“Kalau kata mahal, memang Kieda minta maaf tapi kalau nak makan puas, beli yang ni dan paling penting tak perlu support vendor,” ujarnya lagi.

image is not available

Terdahulu, Kieda pernah tular berhubung isu melibatkan seorang pelanggan yang memberikan reviu jujur terhadap produknya, sehingga pelanggan terbabit dipanggil bersemuka bagi menyelesaikan perkara itu secara baik dan mengelakkan tindakan undang-undang.

image is not available

Sehingga kini, kenyataan terbarunya berhubung harga Tiramisu RM40 itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang mempertikaikan harga tersebut, namun tidak kurang juga yang mempertahankan Kieda atas alasan penggunaan bahan berkualiti.

Sumber: TikTok kiedacrepetour