“Saya Tak Takut Netizen, Saya Takut Allah…” - Isyariana Sedia Berdepan Kecaman, Tak Risau Komen Negatif

28 May 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Isyariana sedia berdepan kecaman sekiranya babak sebagai mangsa rogol yang menampakkan sedikit bahagian bahu dalam filem Balas Balik lakonannya bakal mencetuskan perdebatan di media sosial.
 

Hanya lakonan

Isyariana atau nama sebenarnya, Isyariana Che Azmi, 35, babak tersebut hanya sekadar lakonan semata-mata dan menjalankan tugasnya sebagai seorang pelakon yang diterima sebelum dia memakai tudung sejak Ramadan lalu.


 

"Saya tak takut netizen (kecaman) tapi lebih takut dengan Allah. Setakat ini saya tak kisah sangat dengan penerimaan netizen sebab saya cuma jalankan tanggungjawab yang sudah diterima. 
 
"Biarkan apa orang nak cakap. Itu hanya sekadar watak, bukan diri saya yang sebenar. Semua babak rogol itu memang sudah ada dalam skrip.

 


"Dalam babak tersebut saya hanya memakai baju jenis kemban dan menampakkan sedikit bahagian bahu sahaja, tapi sekarang sudah berhijrah tiada lagi watak begitu," katanya.


 


Isyariana berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Balas Balik bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.


 

Doakan istiqamah

 


Mengulas mengenai kehidupannya sejak berhijab, Isyariana berharap agar penghijrahan yang dilakukan atas tuntutan agama itu kekal.


 

"Doakan saya terus istiqamah sebab memakai tudung ini dilakukan bukan sebab siapa pun termasuk ibu atau diri sendiri sebaliknya kerana Tuhan.
 
"Cuma jangan harapkan kesempurnaan daripada saya tetapi fokus pada dalaman. Bersihkan jiwa termasuk tidak melayan media sosial sangat, lebih fokus kepada diri sendiri seperti solat tahajud.

 


"Janganlah harap saya sudah menutup aurat tetapi tidak melakukan kesilapan langsung," ujarnya.


 


Terdahulu, Isyariana pada Mac lalu tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada bulan yang sama.


 


Namun ketika itu dia mengakui masih berperang dengan perasan sendiri untuk kekal istiqamah dengan penampilan tersebut. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved