“Saya Taknak Keruhkan Keadaan Tapi Dia Block..” – Bekas Kekasih Influencer ‘Tebuk Quran’ Ajak Bersemuka

Entertainment
31 May 2024 • 3:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini sempat tular di media sosial tentang seorang pempengaruh yang didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual. Terkini, seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada lelaki berkenaan tampil memberi kenyataan.

Ada yang masih belum selesai

Menurut wanita yang bernama Atyka ini, dia mengakui pernah menjalinkan hubungan bersama influencer terbabit. Namun niatnya menampilkan diri ini ingin menyelesaikan isu bersama bekas teman lelakinya secara baik.

Saya ada hubungi dia untuk berjumpa, sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan tapi saya di block.

 

Saya tak memburukkan dan saya cuma cakap jangan nafikan, sebab ada hal lain antara saya dan dia yang masih belum selesai. Dia tahu apa hal itu.

Ingin berjumpa sahaja

Tambah Atyka, dia sudah pun berhenti memuat naik sebarang hantaran di media sosial bagi tidak mengeruhkan keadaan. Namun, dia hanya inginkan pempengaruh tersebut tampil bersemuka dengannya.

Saya pun sudah berhenti muat naik sebarang posting di Instagram. Saya hanya nak dia berjumpa dengan saya sahaja.

Terdahulu, Atyka berkongsi foto sijil kursus kahwin bersama influencer tersebut sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan.

image is not available 2 days ago

"Bulan Puasa Ajak Check In" - Kecoh Kes Gangguan Seksual, Caprice Dedah Perbualan Jijik 'Influencer Tebuk Quran' Di Whatsapp?