
Kasih seorang ibu sampai ke syurga namun ada anak-anak yang seakan tidak memahami malah menderhaka kepada ibu mereka.
Baru-baru ini tular seorang lelaki bertindak zalim dan sanggup memukul dan menganiaya ibu kandungnya dengan begitu kejam meskipun wanita berusia itu dalam keadaan lumpuh.
Lebih menyedihkan, aksi penganiayaan terhadap warga emas berusia 74 tahun itu dirakam oleh isteri pelaku yang berusia 51 tahun dan menjadi tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Tular Video Ibu Merintih Anak Derhaka, Polis Panggil Saksi Yang Terlibat
Artikel berkaitan: Kena Strok Haba Akibat Didenda Berjemur Tengah Panas, Ibu Bapa Maklum Anaknya Mungkin Dinilai OKU
Menurut laporan Tribunnews, kejadian berlaku pada 10 Mei lalu di rumah pelaku yang dikenali sebagai H di Jalan Satria, Pekan Palas Rumbai, Kota Pekanbaru, Riau, namun videonya itu tular di media sosial sejak kelmarin.

Dalam video yang menyayat hati itu, kelihatan warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pekanbaru Pesuruhjaya Bery Juana Putra, berkata susulan tular video tersebut pihaknya melakukan siasatan secepat mungkin.
Mangsa memberitahu polis bahawa dia diperlakukan dengan begitu teruk sehingga trauma dan badannya mengalami kesan lebam dan luka.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu mengaku bahawa perbuatan zalim itu telah berulang kali dilakukan ketika mangsa berada di rumah, polis kini mengenakan tindakan ke atas mereka berdua manakala warga emas itu pula sudah mendapatkan rawatan di hospital dan kini ditempatkan di rumah anak keduanya.
Sumber: Tribunnews
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




